Strawberry Land
The Watcher
Stuff
Linkies
Dear Diary

ADAKAH SEMUA INI BERPUNCA DARI AQ?
Friday, November 23, 2012 | 10:25 AM | 0 Strawberry
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua para pembaca,,,,rasanya hari tu aku update pasal jamuan kelas yang aku handle, peperiksaan SMA yang aku hadapi....sebelum tu, lupa pula nak bertanya khabar, apa    kabar semua? update entry baru pada pukul 0206 pagi merupakan satu perkara baru yang aku buat dalam hidup ini... inilah penangan selepas tengok cerita variety show favourite aku, running man,,, asyik ketawa jer kerjanya,,,sampai naik senak perut aku dibuatnya,,,

Pagi tadi, aku buat sarapan untuk family aku,,, tahu apa sarapannya? menunya ialah chicken chop,,, orang sarapan pagi makan roti bakar, lempeng dan sebagainya, tapi aku, makan chicken chop,,pelik bin ajaib betul,,,tengah hari, dah tak makan sampai lah tadi, baru makan nasi dan sebagainya,,, lupa pula aku nak tanya, kamu semua pergi mana masa cuti sekolah 2 bulan ini? ada pergi jalan-jalan tak? cuti-cuti 1 Malaysia? ke penginapan 3 hari 2 malam di rumah sendiri? kalau siapa yang pergi bercuti, alhamdulillah lah sebab dapat menikmati pemandangan dan keindahan ciptaan ALLAH yang begitu indah...yang penginapan di rumah sendiri, habiskan masa anda dengan perkara yang berguna,,,

Baru nak masuk tajuk,,,2 perenggan, asyik nak melalut jer,,, aku nak tanya, semua benda yang jadi sekarang nie semua salah aku ke? akukah penyebabnya? aku mula terfikir kenapa semua benda ini terjadi sekarang? kenapa tidak tahun depan? kenapa tidak tahun depan lagi satu? selepas aku menceritakan segala2nya, keadaan menjadi huru hara dan semakin huru hara apabila masing-masing membuang ahli keluarga sendiri,,, semua ini terjadi di sebabkan aku,,,niat hati ini bukan ingin nak menghancur keluarga yang sedang mengecapi nikmati kebahagiaan,tapi hanya untuk melarikan diri daripada hidup dalam penuh kepalsuan, pembohongan... pihak ini kelihatan seperti menyalahkan diri aku,,, pihak itu kelihatan menyokong tindakan aku,,,mana satu ini? di telan mati mak, diluah mati bapa...

Ya ALLAH, apakah yang harus ku lakukan pada saat ini? adakah dengan berdiam diri? atau menegakkan apa yang aku perkatakan? aku semakin berbelah bagi kerana disebabkan aku, masing-masing tidak dapat mengecapi bahagia yang diingini oleh setiap manusia di dunia ini,,, akukah yang meragut kebahagiaan orang lain? akukah yang bersalah dalam segala hal yang berlaku sekarang ini? 

Ok lah, sapmpai sini sahaja dahulu entry aku pada kali,,,maafkan diri ini sekiranya apa yang aku perkatakan diatas ada menyakitkan, mengguriskan pihak lain,,,,x ada niat dihati ini hendak mengguriskan hati mana-mana pihak, tapi hanya ingin meluahkan perasaan yang aku sendiri tidak tertanggung... oklah, ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi,,,,

Older Post | Newer Post