Strawberry Land
The Watcher
Stuff
Linkies
Dear Diary

AFTER SMA AND JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS 4 SIDDIQ
Sunday, November 18, 2012 | 5:20 AM | 0 Strawberry
      Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sudi mengikuti perkembangan diri saya yang tak berapa nak cantik ini,,hihihi,,,merendah diri pula,,, kepada semua pembaca, apa kabar anda semua? hari tu sebelum saya menghadapi peperiksaan SMA, saya ada meng"update" entry baru, bukan? yang ini merupakan entry baru selepas saya bertungkus lumus, berusaha untuk meneruskan perjuangan dalam SMA, untuk mencapai kejayaan yang saya kecapi sejak dahulu lagi... Nak cerita sikit, hari jumaat, 161112 merupakan hari terakhir perjuangan saya dalam mencapai kejayaan dalam SMA... perjuangan terakhir saya ialah Tarikh Islam,,,sangat susah, tapi saya keluar lebih awal dari masa yang ditetapkan,,,iaitu pukul 1000 am,,, bersengkang mata demi mencapai sesuatu yang ingin saya kecapi,,,

     Hari sabtu yang lepas, yakni 171112, saya mengadakan jamuan akhir tahun untuk kelas saya iaitu kelas 4 siddiq...boleh dikatakan meriah juga walaupun ada beberapa alumni 4 siddiq tidak menghadirkan diri, iaitu MUHAMMAD FAIZ RIDHWAN, AMIRAH NAIM, FARAH AMNANI, NURUL HASANAH, ATHIRAH NAJAH DAN penolong ketua kelas sendiri iaitu, FARKHATUNNADIA... sedih jugalah sebab boleh dikatan ramai yang tidak hadir,,, saya yang anjurkan tapi semua berjalan dengan lancar,,, main course nya ialah nasi ayam,,,sedap sangat nasi ayamnya,,,, airnya berperisa pandan, makan pai ayam, kek,,,thank you AIZAM... sedap kek dan pai ayam yang awak bawa... dengan ini, saya sertakan beberapa gambar supaya anda semua boleh melihat betapa meriahnya jamuan tersebut,,,,

gambar ini menjelaskan bahawa kami semua sedang menunggu tetamu kehormat pada majlis tersebut, iaitu Ustazah Nur Hanisah... masing-masing berborak sesama sendiri sambil menunggu tetamu... hai, yusri, nak pergi mana sampai bertampal koyok tu? huhuhuhu....

 erm, yang ini, masing-masing mula menunjukkan muka bosan mereka,,,terjenguk-jenguk untuk mengetahui kedatangan tetamu kehormat ke majlis tersebut...

ustazah Nur Hanisah sedang memberikan ucapannya yang begitu bermakna untuk setiap anak didiknya... sungguh mengharukan setiap perkataan yang diucapkan oleh ustazah...

pelajar lelaki ini sedang memberikan tumpuan yang begitu... x tau nak cakap...tapi apa-apa pun, memang tumpuan yang terbaik yang pelajar lelaki bagi masa ustazah sedang memberikan ucapannya...

tidak ketinggalan juga pelajar perempuannya, begitu khusyuk mereka mendengar nasihat yang diberikan oleh guru yang paling disayangi, ustazah Nur Hanisah...

sedang menikmati main course... tampak sedap bukan? nasi ayam jer,,,

hai, peajul... aq suruh makan, bukan suruh tutup muka,, macam mana nak makan nie, kalau tutup muka? pelik sungguh perangai kawan-kawan aku ini...

begitu juga budak perempuannya,,,sedang menikmati dan nampak khusyuk ya...

ha, inilah ustazah yakni kakak kami di dalam kelas, merangkap juga ibu kepada kami, anak didiknya, 4 siddiq,, baby kecil tu ialah anaknya, Fateh namanya,,,,comelkan? maca sayalah katakan,,,

inilah kek sempena hari lahir ustazah yang dah lepas,,,111112,,, kami akan sentiasa ingat tarikh ini ya, ustazah? tampak sedap, bukan? well, my friend, Aizam yang buat,,,nyum, nyum...

happy sahaja muka budak-budaknya kan? saya yang tengok, saya yang makin happy sebab mereka yang happy...tengok tu, Zulfadhli, senyumnya sampai ke telinga...

 aktiviti memotong kek, excited giler bila tengok Fateh potong kek,,,sampai x nak lepaskan pisau kek tu..

ha, ini pula hadiah yang ustazah bagi dekat anak muridnya,,, kurang satu nama sahaja, iaitu faiz,,

ha, inilah jejaka durian 4 siddiq,,,muhammad Zulhelmi @ ketua kelas 4 siddiq....musang king tu,,,

yang ini pula, masing-masing x sabar nak makan durian,,,sabar,,, kita makan sama-sama ye?

erm, haziq, dah kurang kerja ya? kenapa nak hempuk emeiy dengan durian tu? lain kali, baling ke terus,,,

  Setakat ini sahaja dulu entry saya pada kali ini,,,tunggu la, kalau ada masa, insyaALLAH saya akan meng"update" lagi entry saya,,,sekian, ASSALAMUALAIKUM,,,

Older Post | Newer Post