Strawberry Land
The Watcher
Stuff
Linkies
Dear Diary

SETIA MENANTI....
Wednesday, February 26, 2014 | 8:55 PM | 0 Strawberry
     assalamualaikum dan selamat hari khamis saya ucapkan... bagaimana korang semua lalui hari-hari korang? lupa nak tanya, korang semua apa kabar??? satu benda lagi kita nak tanya korang yang tengah tunggu result spm, korang buat apa masa? Kerja ke tanam anggur kat rumah? kalau kerja, bagusla sebab dapat pengalaman sebelum meneruskan pengajian ke peringkat yang paling tinggi... kalau tanam anggur dekat rumah, samalah kita... kita GENG!!

      sepanjang kita duduk rumah nie, macam-macam kejadian dan benda yang kita buat dekat rumah... antaranya, my lovely mom, sakit teruk.. sebenarnya, before my mom sakit, kita dah hajat yang kita nak cari kerja, tapi ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita.. mungkin itu hikmahnya kenapa kita masa tu malas nak cari kerja.. ALLAH suruh kita ni jaga mak kita yang sakit tu.. kita tak kisah.. erm... sekarang nie, air pula tak ada .. kena angkut dari surau ke rumah.. kesian mama nak kena mengangkat air.. so kita pun bantulah yang mana mampu... dah 3 minggu, kerja kita angkut air je.. penat tu, adalah tapi yang lebih pasti dapat kurangkan beban mama..

     benda yang kita buat kat rumah nie,, macam-macam,, antaranya (yang paling kerap kita buat) ialah tidur dan pergi dobi, basuh baju.. tapi kita banyak buat masa kat dobilah sebab kena tunggu turn nak basuh baju... selain itu, kita tengok youtube, kita tengok cerita warkah cinta dan sambungannya, cinta dan wahyu.. best ceritanya.. sungguh, kita admired gila dengan pelakon-pelakon especially imam muda nazrul yang memegang watak utama, iaitu amir... terkepit diantara dua wanita yang menagih cintanya.. heliza yang memegang watak wardah dan amira rosly yang memegang watak balqis.. cerita nie yang membuatkan kita teringat akan diri dia... 

   dalam cerita nie, yang kita dapat lihat si wanitanya yang melamar si lelakinya.. sungguh, kita teringat kakak kita pernah cakap yang "kalau perempuan tu melamar lelaki, maknanya si perempuan tu tahu apa yang dia mahu.. buakn kerana dia terhegeh-hegeh nak dekat lelaki tu.." maknanya tak salahlah hari tu aq bagi dia surat.. kita tak kisah kalau dia tolak sebab itu mengajar kita menerima segala keadaan dengan hati yang rela dan redha.. kita ada pesanan buat si dia.." AWAK, jangan lupakan kita taw.. kita pernah jadi kawan sekelas, kita pernah jadi satu geng dalam kem... kita harap lepas nie awak tak malu nak jumpa kita lagi...

   result lagi beberapa hari lagi.. kita semakin takut + cuak kerana hari itu bakal tiba, tapi kita rasa gembira kerana dapat jumpa kawan-kawan dan si dia yang baru balik dari plkn... kita harap sangat dia tak berubah langsung.. kalau kepada kebaikan, alhamdulillah. kalau sebaliknya, kita tak mampu lagi nak cakap apa.. 

   oklah, kawan-kawan.. kita nak buat kerja lagi,, insya ALLAH, kalau ada masa dan ada izin dariNYA kita akan update lagi dengan pelbagai cerita yang menarik, insya ALLAH... 

   sekian dan asslamualaikum....

Older Post | Newer Post