Strawberry Land
The Watcher
Stuff
Linkies
Dear Diary

26 HARI YANG TERINDAH! (part 1)
Saturday, December 27, 2014 | 10:21 AM | 0 Strawberry
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca blog a.k.a diary yang terdedah ini... heheh... korang semua apa kabar? almaklumlah, dah lama jugalah aq tak mengupdate entry aq ini...  ok la, berbalik kepada tajuk, iaitu 26 hari yang terindah,,, korang mesti tertanyakan kepada tajuknya sebegitu rupa... tak apa, slow2 aq ceritakan semuanya... dari hari pertama, sehinggalah hari ke-26 itu...sebelum itu, cerita yang bakal aq taip ini adalah kenyataan yang aku hadapi dan orang yang terlibat dalam cerita ini pun sudah pun pergi menghadap Ilahi pada 16/11/2014... nama arwah adalah... muhammad fawwaz,, marilah kita sedekahkan alfatihah buat arwah,, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.... amin....

HARI PERTAMA: 22/10/2014...

rasanya aq tak perlu ceritakan sebab entry yang lepas aq dah ceritakan bagaimana aq berjumpa dengan arwah.. bagaimana responnya ketika berjumpa dengan aku, dan bagaimana respon aku ketika berjumpa dengannya setelah sekian lama, iaitu 6 tahun tidak berjumpa dengannya... malam yang terindah dan terlalu indah bagi diri aku la,,, tidak pula aku bagi dirinya...

inilah sedikit tulisan arwah yang mampu aq pamerkan... tulisan arwah ini, aq dapat sebab aq pegang form yang arwah isi....

HARI KEDUA: 23/10/2014...

tarikh ini jatuh pada hari khamis, yang mana pada ketika ini aku ponteng kelas semata-mata untuk berjumpa dengannya lagi.. sampai macam tu sekalikan perangai dan pengorbanan yang aku lakukan untuk berjumpa dengannya lagi,,, pada ketika ini, aku yang memulakan dahulu perbualan, yang mana aku yang mula mesej dia sebab aku dapat no.fone dia dalam form yang dia isi... pada ketika ini,, happy tidak terkata sebab aq dapat mesej dengan someone yang aku suka dan sayang... time nie jugalah aku tanya arwah, ada wechat ke x... x lama lepas tu, ada someone mesej aku kat wechat dan mengaku dirinya sebagai zaf, 18, shah alam.. aku dah mula pelik, siapa pula yang wechat aku nie,,, macam mana pula mamat nie dapat id wechat aq,,  kami berdua terus berborak dan terus berborak sampaikan aku merayu kepada dirinya untuk mengaku siapa dirinya, tetapi , lain pula jadinya, arwah pula menyanyikan sesuatu yang tidak pernah aku sangka selama ini bahawa akan ada seorang lelaki akan menyanyikan lagu ini... lagu birthday... Ya ALLAH, terharunya aku bahawa ada seorang insan yang bergelar lelaki menyanyikan lagu birthday untuk aku, walhal hari lahir aku sudah pun lepas,,, betapa happynya aku pada ketika itu... 

HARI KETIGA: 24/10/2014...

hari jumaat, hari yang terlalu indah kerana pada malamnya, aku dan arwah berjumpa dan pada malam itulah terserlah kelembutan dan betapa gentle dirinya kepada aku.... malam tu, kami duduk berdua, melepak, ketawa kerana mengimbau masa lalu, yang mana dirinya pernah reject aku, mengenang perangainya yang nakal... hahaha,,, malam yang tak mampu untuk aku lakukan.. dia tunggu aku sehingga pukul 2 pagi.. walhal dia boleh balik... sungguh indah tetapi malam itu jugalah malam terakhir aku dan arwah berjumpa.. sebelum itu, arwah belanja aku 30 sen sebab aku minum ais kosong.. dan ketika itu jugalah, aku sikit lagi terjatuh dan aku sempat berpaut pada tangannya,, teruslah aku cakap "sorry sayang, terpegang..." hahhah,,, "tak pe, lain kali hati2 turun tangga,,, jangan nak cepat je..." dari situlah, bermula balik bait-bait cinta aku pada diri arwah...

ok la, sampai disini sahaja dahulu entry pada kali ini,,, kalau ada masa dan rezeki, kita akan bertemu lagi,,, assalam dan selamat tidur semua!

Older Post