Strawberry Land
The Watcher
Stuff
Linkies
Dear Diary

26 HARI YANG TERINDAH! (part 1)
Saturday, December 27, 2014 | 10:21 AM | 0 Strawberry
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca blog a.k.a diary yang terdedah ini... heheh... korang semua apa kabar? almaklumlah, dah lama jugalah aq tak mengupdate entry aq ini...  ok la, berbalik kepada tajuk, iaitu 26 hari yang terindah,,, korang mesti tertanyakan kepada tajuknya sebegitu rupa... tak apa, slow2 aq ceritakan semuanya... dari hari pertama, sehinggalah hari ke-26 itu...sebelum itu, cerita yang bakal aq taip ini adalah kenyataan yang aku hadapi dan orang yang terlibat dalam cerita ini pun sudah pun pergi menghadap Ilahi pada 16/11/2014... nama arwah adalah... muhammad fawwaz,, marilah kita sedekahkan alfatihah buat arwah,, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.... amin....

HARI PERTAMA: 22/10/2014...

rasanya aq tak perlu ceritakan sebab entry yang lepas aq dah ceritakan bagaimana aq berjumpa dengan arwah.. bagaimana responnya ketika berjumpa dengan aku, dan bagaimana respon aku ketika berjumpa dengannya setelah sekian lama, iaitu 6 tahun tidak berjumpa dengannya... malam yang terindah dan terlalu indah bagi diri aku la,,, tidak pula aku bagi dirinya...

inilah sedikit tulisan arwah yang mampu aq pamerkan... tulisan arwah ini, aq dapat sebab aq pegang form yang arwah isi....

HARI KEDUA: 23/10/2014...

tarikh ini jatuh pada hari khamis, yang mana pada ketika ini aku ponteng kelas semata-mata untuk berjumpa dengannya lagi.. sampai macam tu sekalikan perangai dan pengorbanan yang aku lakukan untuk berjumpa dengannya lagi,,, pada ketika ini, aku yang memulakan dahulu perbualan, yang mana aku yang mula mesej dia sebab aku dapat no.fone dia dalam form yang dia isi... pada ketika ini,, happy tidak terkata sebab aq dapat mesej dengan someone yang aku suka dan sayang... time nie jugalah aku tanya arwah, ada wechat ke x... x lama lepas tu, ada someone mesej aku kat wechat dan mengaku dirinya sebagai zaf, 18, shah alam.. aku dah mula pelik, siapa pula yang wechat aku nie,,, macam mana pula mamat nie dapat id wechat aq,,  kami berdua terus berborak dan terus berborak sampaikan aku merayu kepada dirinya untuk mengaku siapa dirinya, tetapi , lain pula jadinya, arwah pula menyanyikan sesuatu yang tidak pernah aku sangka selama ini bahawa akan ada seorang lelaki akan menyanyikan lagu ini... lagu birthday... Ya ALLAH, terharunya aku bahawa ada seorang insan yang bergelar lelaki menyanyikan lagu birthday untuk aku, walhal hari lahir aku sudah pun lepas,,, betapa happynya aku pada ketika itu... 

HARI KETIGA: 24/10/2014...

hari jumaat, hari yang terlalu indah kerana pada malamnya, aku dan arwah berjumpa dan pada malam itulah terserlah kelembutan dan betapa gentle dirinya kepada aku.... malam tu, kami duduk berdua, melepak, ketawa kerana mengimbau masa lalu, yang mana dirinya pernah reject aku, mengenang perangainya yang nakal... hahaha,,, malam yang tak mampu untuk aku lakukan.. dia tunggu aku sehingga pukul 2 pagi.. walhal dia boleh balik... sungguh indah tetapi malam itu jugalah malam terakhir aku dan arwah berjumpa.. sebelum itu, arwah belanja aku 30 sen sebab aku minum ais kosong.. dan ketika itu jugalah, aku sikit lagi terjatuh dan aku sempat berpaut pada tangannya,, teruslah aku cakap "sorry sayang, terpegang..." hahhah,,, "tak pe, lain kali hati2 turun tangga,,, jangan nak cepat je..." dari situlah, bermula balik bait-bait cinta aku pada diri arwah...

ok la, sampai disini sahaja dahulu entry pada kali ini,,, kalau ada masa dan rezeki, kita akan bertemu lagi,,, assalam dan selamat tidur semua!
SEM 2 ADALAH SEM YANG TERLALU MENYAKITKAN DAN MENYEDIHKAN DALAM HIDUP AKU!
Thursday, December 18, 2014 | 9:20 AM | 0 Strawberry
assalamulaikum dan selamat malam aq ucapkan kepada semua yang membaca blog aq.. sorry dah dah lama tak mengupdate entry nie,,, terlalu busy dan terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku...  

   dah masuk sem 2, iaitu semester panjang, aq tak dapat nak biasakan diri aku dengan keadaan itu,,, sebab tu aq jadi terlalu busy sbb nak runkan bisnes aq, assignment aq buat lambat-lambat, main2... x serius dalam kelas, asyik nak main, nak marah orang tak tentu pasal,,, sem 2 nie jugalah adalah satu sem yang mana terlalu banyak perkara yang sedih dan sakit yang aku lalui,, 

   antara perkara tersebut adalah bestfriend aq, eyla n wanie tinggalkan aq disaat semester dua baru bermula... sanggup dorang tinggalkan aq semata-mata kerana MQA tak ada,,, pada suatu petang sebelum dorang cerita perkara yang sebenar, dorang ajak aq berjalan2 kat belakang asrama, iaitu menyusuri sungai melaka, selfie bersama,,, semua tu aq ingat sebab nak hilangkan bosan, rupanya,,, ada udang disebalik batu,,, dorang tinggalkan aq disaat aq baru kehilangan muhammad thaqib, kawan baik aq yang mana dia ada cakap ngan aq pada suatu petang yang dia dah menyampah dan benci tengok muka aq... aq terkejut dengan ungkap itu, dan aq ingat dia main2, rupanya...... 

   Ya allah, ketika itu, hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa aq hilang semangat ketika dia cakap macam tu,,, masa tu aq pulangkan balik tera iaitu external hard disk dia,,, time tu juga, dia cakap yang dia dah tak suka nak berkawan dengan aku,,, masa tu, aq balik asrama dalam keadaan aq dah menangis yang terlampau,,, aq mengadu dekat eyla n wanie,, dorang bukan main marah lagi dengan tindakan yang thaqib buat dekat aku.. dari saat itu, aq buang semua gambar, kenangan, diary aq,,, semua yang berkaitan dnegan diri dia, aq buang dan padam dari ingatan aku... habis,,,

26082014

   disaat eyla dan wanie tinggalkan aq, aq berkenalan dengan seorang lelaki dalam wechat yang mana aq buat people nearby,,, nama lelaki tu dalam wechat dia B.O.L Ameer... aq kenal dia dan akhirnya diajak jumpa sebab nak buat assignment dia pasal ptptn dia... aq datanglah dan jumpa dia kat giant, pada ketika itu, aq dan dia hanya berselisih tapi aq dah dapat agak siapa dia...  kemudian kami berwechat lagi, dan akhirnya berjumpa dan dia bawa aq pergi AM Iskandar...  kat situ la dia perkenalkan aq pada satu benda yang cukup dahsyat, yang man aaq sendiri tak pernah terfikir bahawa ada benda paling mudah dan senang yang mampu untuk aq serta orang lain lakukan... 

   disaat itu jugalah, aq tertarik dengan benda tersebut dan buat keputusan untuk menceritakan benda nie dengan parents aku,, dan akhirnya aq pertemukan mereka dengan group ameer dan akhirnya mama n ayah memberikan kata persetujuan untuk aku melakukan perkara tersebut...tak sangka mama n ayah bagi aku buat benda nie... yahoo!!! happy yang teramat sangat...  bermula pelbagai kerja yang aku lakukan... dengan kelas, bisnes, assignment dan sebagainya lagi.. but i'm happy sebab dengan bisnes nie lah aq dapat lupakan segala kesedihan yang aku alami selama nie,... 

   aku nak masuk terus pada kejadian yang tak pernah aku jangka selama ini... yang mana ia boleh berlaku dalam hidup aku sekali gus mengubah hidup aku 360 darjah keseluruhannya... 

   pada 22/10/2014, owner company aq, Dato' Abdul Radzeen turun untuk melihat semua reseller dia yang mana dia nak jadikan sebagai jutawan seperti dirinya... pada malam itu, kami semua dari melaka turun ke shah alam untuk melihat fenomena tersebut...  kami sampai ke tempat kejadian lebih kurang pada pukul 2145 something... time tu dah start tapi kami puas dalam perjalanan, pelbagai perkara lucu berlaku yang mana ia memeriahkan keadaan dan suasana dalam bas tersebut... 

   pada ketika itu juga, aliah dan acap, downline aq ada bawa prospek atau kata mudahnya, kawan sekolah menengah dorang... aq pula still kat dewan... aq dapat call dari awie, iaitu kawan baik aku plus downline aku,,, dia cakap yang Al-Rafi kurang kakitangan... selepas awie call aq, aliah pula call aq,,, dia tanya aku, "eton, kau kenal fawwaz x? dia ada kat sini kot..." aq yang dengar ketika itu terkejut sebab ada seseorang yang selama 6 tahun aq cari, ada pada malam tu.. tak sangka langsung... serius, tak jangka... aq pada ketika itu, dari dewan, terus berlari ke Al-Rafi walhal ketika itu gerimis,,, tetapi itu tidak menghalang aku untuk bertemu dengan seseorang yang sudah lama aq cari selama ini... 

   apabila aq tiba di Al-Rafi, aq nampak leader Hafifi,, dan dia suruh aq rehat dulu, tapi aq dah tak sabar nak jumpa someone yang aku cari plus aq suka since hujung tahun darjah enam... aq happy sangat2... dan akhirnya aq dapat tugasan yang mana aku kena cpm dorang... yes!!! boleh duduk boral sekejap... 
sekali duduk depan dia,, YA ALLAH.. jantung aq berdegup dengan laju tanpa ada henti... dia pula hanya mampu tertunduk malu... 

   ok lah,,, nanti sambung lagi taw... dalam entry yang seterusnya kerana cerita seterusnya adalah satu saat yang mana aq tak mampu untuk lupakan segala kenangan tersebut... 
ASSALAM DAN SELAMAT MALAM!
KEHIDUPAN KOLEJ YANG PELBAGAI RAGAM!
Thursday, July 10, 2014 | 8:36 AM | 0 Strawberry
assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan yang indah ini.. sorry wish lambat sebab busy dengan assignment, dengan final exam, dengan tak ada line dan sebagainya.. korang semua apa kabar? dah lama x dengar cerita kan? semenjak aq masuk kolej nie, kehidupan aq banyak berubah.. so, kali nie aq nak cerita pasal kehidupan aq kat kolej antarabangsa yayasan melaka....

kehidupan itu bermula pada 26042014, masa hari pendaftaran aq di kaym.. serius, ketika itu perasaan cuak bercampur dengan happy dan sebagainya... cuak sebab kena mulakan kehidupan yang baru.. sungguh itu yang aku takutkan selama ini... nak tinggalkan mama yang baru sihat, nak tinggalkan anak2 kucing aq, nak tinggalkan adik2 aq...banyak lah...  malam tu, aq buat sesi suai kenal dengan housemate aq... 

Nama-nama housemate aq:
1. siti raudhah hashim
2. nur amalina aqilah nor siddik
3. siti aliah mohamed muslim
4. nur azyan aziz
5. nur fadzillah ??? (heheeh, x ingat pula)

erm, dorang semua boleh tahan gila... walaupun baru berkenalan, sungguh memang kenangan yang indah sebab dapat kenal dengan orang dari pelbagai negeri... 

pada 27042014, hari pertama orientasi,, pergh dah lah panas, time buat aktiviti, ada pula satu mamat yang annoying... memang annoying gile.orang panggil dia apek! perghhhhh... aq memang sakit hati dengan dia... tapi itu semua masa hari pertama sahaja... hari kedua, his good, fine, quite naughty but i like to be friend with him... kalau nak cerita, banyak sangat... sampai esok pun, x kan habis aq menaip pasal nie,,, 

mamat tu selalu ada ngan aq, dia baik sangat dengan aq,, sungguh, aq memang sayang gile kat dia,,, sebab dia, aq dah dapt ubah satu habit aq, iaitu cepat touching,,, dia orangnya easy going, nice, tak pernah nak tinggi suara dengan aq tetapi kalau aq dah terlampau gedik, baru dia marah,, tapi marah dia sweet sangat,,, aq akan rindu gila kat dia kalau x jumpa dia sehari,, sungguh, his very nice to me... siapa yang kenal dengan dia, pasti korang x mampu untuk menangis sebab dia selalu nak buat orang ketawa... hehhehe... miss him too much...

huhhhuhuh.. inilah mamat tu... hahahha, dialah best friend aq kat sana... jahat macam mana aq buat kat dia, dia layan je... tq muhammad thaqib sebab sudi jadi kawan aq.. tq buddy...... 

oklah, nak tidur, esok nak sahur... selamat bersahur semua,,,,,
20032014- HARI TERINDAH BAGIKU!
Thursday, April 10, 2014 | 11:54 PM | 0 Strawberry
  Assalamualaikum dan salam jumaat kite ucapkan kepada korang semua... Sorry la korang, kite bukan x nak update tapi line internet x ada... Kite rindu sangat nak update,,, nie taw x, kita update pakai fone+tablet..., first time la kira nie....

  Result SPM dah keluar,,, alhamdulillah, result kita okey la juga... Boleh tahan la juga...  Tapi kenangan pada hari itu yang kita takkan lupa sampai bila-bila... Ya ALLAH, happynya tapi tu hanya DIA sahaja yang taw... Dia tegur kite... Kite rindu sangat kat die sebab TIGA bulan x jumpa dia+ dia pergi PLKN... Masa dia ambil result hari tu, dia dh gelap... Tapi kita x kisah sebab kita dah jumpa dia... Rindu kite nie kat dia, tak taw nak cakap mcm mana... 

   Time kita jumpa dia tu, dia nampak happy sangat, macam ada something yang menggembirakan hati dia... Lembut je hati kite nampak dia... Dah terlalu lama kita x jumpa dia... Bak kata along, dia adalah first love kau sebab kau asyik terkenangkan dia je,,, 

   Hari tu kan, masa kita tengah tengok cerita Destinasi Cinta Sara, dua pelakon lelakinya, Remy Ishak + Afiq Muiz, kita minat sangat diaorang nie... Masa tengok cerita tu, kita menangis sebab kita rindu sangat kat dia... Tak taw lagi bila akan jumpa dia... Senyum dia, ketawa dia,, kita hanya mampu kenangkan semua tu dalam doa dan ingatan kita sahaja... Tak lebih dari itu...

   Kalau dia baca blog nie, kita nak cakap satu benda je,,, AWAK, KITA RINDU SANGAT KAT AWAK.., AWAK MESEJ LA KITA.. KITA NAK AWAK NGAN KITA JADI BESTFRIEND... KITA HARAP AWAK PUN MACAM KITA...

   Okeylah, sampai situ sahaja dulu,,, assalam + adios!!!

Older Post